Keliru Nak Pilih Objektif Kempen Facebook Ads Yang Mana Satu? Ini Jawapannya

FB Ads

 

Hai Semua !

Objektif Kempen FB Ads

Bagi yang dah pernah buat facebook ads pasti perasan kan terdapat pelbagai jenis objektif yang facebook sediakan untuk anda pilih sebelum mula buat iklan. Kadang kadang pening nak pilih yang mana satu kan

Last sekali pilih objektif engagement je..ha ha

Saya pun tak nak cakap banyak banyak. Jom tonton video ni. Ringkas tapi padat dan jelas penerangannya

 

 

Kredit : Dzulfaqar hashim

 

Saya ringkaskan di bawah :

Brand Awareness

Tujuan objektif ini ialah memperkenalkan brand kita agar orang ramai sedar akan kehadiran kita dalam pasaran

Facebook akan optimizekan untuk mencari orang yang akan spend masa untuk melihat dan membaca sesuatu iklan kita

Sesuai untuk target Cold traffic sebab ia lebih murah jika dibandingkan dengan objektif Engagement

 

Reach

Melalui objektif ini Facebook akan optimizekan iklan kita agar dapat dilihat oleh orang seramai mungkin

Sesuai untuk audience yang dah kenal brand kita. Boleh digunakan apabila nak lancakan sesuatu produk atau promosi tertentu

Sesuai juga untuk localize marketing seperti promosi kedai makan untuk kawasan sekitar kita

 

Traffic

Bagi iklan jenis ini Facebook akan cari individu yang suka klik Link di dalam facebook

Apabila prospek klik iklan kita, mereka akan di bawa ke link tersebut sama ada ke website, Whatsapp, Messsenger, artikel atau canvas

iklan retargetting juga biasanya kita guna objektif ini 

.

Engagement

Ini objektif yang sering kita guna betul tak?

Objektif iklan jenis ini sangat popular dan biasa digunakan oleh majoriti orang terutama di Malaysia.

Facebook akan hantarkan iklan kita kepada mereka yang suka ber ‘engage’ di dalam Facebook. Contohnya yang suka LIKE ,COMMENT & SHARE

Iklan kita akan nampak ‘hebat’ dan meningkatkan ‘social proof’ bila dapat lebih banyak engagement

 

Video Views

Kalau kita buat iklan dalam bentuk video biasanya facebook cadangkan kita pilih objentif jenis video views

Iklan kita akan di optimize kan kepada orang yang suka menonton video dalam facebook

Kelebihannya ialah kita boleh pilih untuk bayar hanya bila orang tonton video anda selama 10 saat (pay per 10 second video view)

 

Lead Generation

Tujuan objektif iklan ini ialah kita nak dapatkan database prospek seperti nama, email & no telefon

Bila prospek klik iklan kita, secara automatik satu form akan muncul dan memudahkan prospek untuk melengkapkannya dan secara tak langsung kita dapat data prospek

 

Conversion

Objektif ini khas untuk mereka yang mempunyai website sendiri

Apabila kita pasang Pixel di dalam website kita boleh buat retargeting kepada sesiapa yang pernah melawat, membeli atau opt in ke dalam website

 

 

Dapat Belajar Sesuatu?

Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi idea bagaimana hendak memilih objektif yang tepat sebelum nak set up facebook ads

Share artikel ini dengan kenalan anda agar mereka juga boleh mendapat manfaat dan mendapat lmu baru

Terima kasih

 

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments