Case Study : Untung Jual 1 Produk Affiliate RM3200 Dalam 7 Hari

BELAJAR AFFILIATE

 

Sebelum ini saya ada promosikan satu produk affiliate, iaitu Panduan Rekrut Ejen. Sekarang ini panduan tersebut telah pun ditutup jualannya.

Jadi saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman bagaimana saya mempromosikan produk tersebut. Mudah-mudahan anda boleh lihat gambaran bagaimana untuk anda bina kempen pemasaran produk affiliate anda kelak.

1. Semasa tempoh jualan produk ini, saya terpaksa mengambil sedikit masa dalam mencari rentak untuk promosi produk ini. Rasanya dah 2-3 kali ubah strategi. Masih belum benar-benar menjadi. Sales tu ada, cuma tak konsisten.

2. Sepanjang hampir 10 tahun menjalankan bisnes affiliate ini, kunci untuk berjaya menghasilkan jualan yang konsisten ialah perlukan kreativiti sikit. Ada strategi yang mungkin boleh buat sales pantas untuk produk A. Tapi bila implement untuk produk B, jadi slow plak sales.

3. Apa yang penting, kita kena faham flow dan tahu siapa target audience yang betul sebelum start buat promosi. Sebab itulah biasanya sebelum saya lakukan promosi satu-satu produk affiliate, saya akan beli produk tersebut terlebih dahulu supaya saya dapat gambaran yang jelas tentang produk yang saya nak promosikan.

4. Berbalik kepada strategi promosi produk Rekrut Ejen ni. Based on pengalaman saya promosikan produk ni, kebanyakan prospek tidak terus melakukan pembelian pada hari pertama mereka lihat offer/iklan yang saya dah buat. Kebanyakan mereka mengambil masa untuk berfikir sama ada mereka betul-betul perlukan atau tidak.

5. Jika kita faham tentang market behaviour, kita akan faham kenapa perkara tersebut berlaku. Orang yang melihat iklan kita pertama kali, jumlah yang membeli hanya sekitar 1-3% sahaja. Maksudnya, jika ada 100 orang yang dah klik dan lihat iklan kita, hanya 1-3 orang sahaja yang akan membeli. Itupun bukanlah disebabkan oleh kepoweran iklan kita, tapi mungkin disebabkan mereka dah memang mencari panduan tersebut sebelum ini.

6. Untuk tingkatkan kadar pembelian, salah satu strateginya ialah dengan mengumpul  database prospek terlebih dahulu, sama ada dalam bentuk emel atau nombor phone dan kemudian engage dengan mereka supaya mereka lebih kenal dan percaya.

Lihat contoh page untuk kumpul email prospek.

gambar optin page di sini

 

7. Justeru, apa yang saya lakukan ialah saya  telah pun menulis satu artikel yang menerangkan berkenaan pentingnya memiliki Ejen ini dan kenapa perlunya kita merekrut ejen dengan cara yang betul.

8. Secara tidak langsung, saya berjaya bina kepercayaan mereka.  Di samping itu, dengan artikel tersebut prospek akan nampak dengan lebih jelas mengapa mereka perlukan panduan Rekrut Ejen yang saya promosikan.

9. Kemudian, untuk membina engagement bersama prospek, saya telah mengumpul email list mereka supaya senang nak buat follow up. Ini kerana berdasarkan kajian, prospek akan membeli selepas melihat atau membaca tawaran kita lebih daripada 7x.

10. Kadangkala kita baru buat promosi sekali dua di Facebook, bila jualan tak masuk kita terus putus asas sebab takda orang beli. Sebabnya kita sendiri tak faham asas dalam marketing ini.

11. Cara yang paling mudah untuk follow up prospek ialah dengan menghantar siri emel secara berkala setiap hari. Email follow up ni sebenarnya kita boleh je copy & paste daripada template email yang disediakan oleh owner produk. Jika takda template, maka anda perlu ambil sedikit masa untuk menulis emel.

Lihat gambaran ringkas bagaimana proses jualan berlaku

gambar email flow

 

12. Bagi saya, artikel dan email follow up adalah 2 jenis senjata untuk meyakinkan prospek membeli produk yang kita promosikan. Tugas saya jadi lebih mudah apabila ‘content’ di artikel dan emel sudah siap sedia, kerana saya hanya perlu tarik lebih ramai pelawat untuk datanag baca atikel kemudian subscribe email newsletter yang saya sediakan di akhir setiap artikel.

13. Untuk menarik pelawat untuk baca artikel, saya prefer menggunakan facebook ads. Walaupun kita terpaksa keluarkan sejumlah kos untuk pengiklanan, namun ianya dapat menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga kita.  Jika anda masih kekurangan budget untuk pengiklanan berbayar, anda boleh bermula dengan promosi di facebook group. Yang penting ialah konsisten.

14. Elakkan terus promosi ke webjualan (salespage) produk affiliate, sebab seperti yang saya terangkan dalam point 5 di atas, ramai prospek tak terus beli hari pertama mereka nampak iklan kita. Jadi, cara terbaik sebelum promosikan produk affiliate ialah dengan mengumpulkan database emel mereka terlebih dahulu.

15. Untuk menggunakan Facebook Ads, mulakan dengan meletakkan budget serendah RM10 – RM30 sehari. Jika dah berjaya dapat sales, boleh tambah budget tu menjadi RM50 – RM100 setiap hari.

16. Saya suka letakkan target jumlah database emel prospek yang subscribe dulu, then dari situ Insyaallah jualan akan lebih mudah diperoleh melalui sistem email follow up. Biasanya kadar standard pembelian melalui emel ialah sekitar 10-30%. Contohnya, jika anda berjaya mengumpul 1000 setiap bulan, maka anda berpeluang untuk hasilkan 100-300 pembelian produk affiliate yang anda promosikan.

17. Alhamdulillah, dengan cara di atas saya berjaya hasilkan RM6,760.00 dalam tempoh lebih kurang 10 hari untuk promosi panduan Rekrut Ejen. Mungkin bagi sesetengah orang jumlah di atas adalah sangat rendah, tapi bagi saya jika anda boleh dapat tambahan RM6k dalam tempoh 10 hari secara part time, tentunya ia sesuatu yang sangat menyeronokkan!

Semoga bermanfaat!

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments